Pada tahun ini pihak Majlis Keselamatan Jalan Raya bersetuju untuk menganjurkan peraduan menulis esei keselamatan jalan raya sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-28. Pertandingan ini terbuka kepada Warga Negara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam sahaja.
Peraduan dibukakan mulai SABTU, 7 APRIL 2012
TUJUAN
1. Mempupuk kesedaran kepada semua pengguna-pengguna jalan raya mengenai pentingnya Keselamatan Jalan Raya.
2. Mendokong pihak Majlis Keselamatan Jalan Raya mengongsisama pendapat dan buah fikiran dalam merealisasikan objektif Majlis ini bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
3. Salah satu usaha yang berterusan dikendalikan oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di negara ini.
4. Menyingkap pandangan peserta sambil mendapatkan cadangan-cadangan yang bernas bagi pembaikan perlaksanaan program dan aktiviti-aktiviti ditahun-tahun mendatang.
5. Memberi peluang kepada masyarakat dan penduduk negara ini dalam karya penulisan esei.
TAJUK
Tajuk esei adalah PUNCA-PUNCA KEMALANGAN DAN LANGKAH-LANGKAH PEMBAIKAN DEMI MENGURANGKAN KADAR KEJADIAN KEMALANGAN DI JALAN RAYA dan penulisan hendaklah berkait rapat bagi tujuan yang dinyatakan di atas.




















