 |
|
MEMANDU DENGAN LAJU BUKANLAH SATU KEBANGAAN |
|
 |
Kebanyakkan kemalangan adalah berpunca daripada
pemandu itu sendiri seperti;
-
Memandu kenderaan
dengan laju.
-
Mengekori kenderaan
hadapan terlalu dekat.
-
Tidak mematuhi tanda
tanda lalulintas.
-
Memotong dalam keadaan
merbahaya terutama sekali selekoh.
-
Memandu dalam keadaan
mabuk atau khayal.
-
Memandu tanpa lessen
memandu.
|
|
"Ingat ! Keselamatan Di Jalan Raya Tanggungjawab
Bersama"
|
|
 |
|
MALANG TIDAK BERBAU BERWASPADALAH SELALU
 |
|
 |
-
Memandu dengan laju boleh mengakibatkan kemalangan
yang serius dan kematian
-
Kemalangan yang menyebabkan kematian akan didakwa
dibawah seksyen 27(1) Akta Lalulintas Jalanraya
Penggal 68, iaitu denda sebanyak B$20.000 dan
penjara 7 tahun
|
 |
|
 |
|
LINTASAN PEJALAN KAKI
 |
|
 |
-
Di
bawah peraturan Peraturan Lalulintas Jalanraya (Lintasan Pejalan Kaki), 2002, di bawah seksyen 3,
semua pejalan kaki hendaklah menggunakan lintasan
pejalan kaki.
-
Kenderaan yang tidak berhenti dan memberi laluan
pada pejalan kaki di atas lintasan pejalan kaki
boleh didakwa dibwah seksyen 7 iaitu denda tidak
melebihi B$1,000.00 atau penjara tidak melebihi dari
3 bulan
|
 |
|
 |
|
MENGUNAKAN ATV DAN
MINIMOTO DIJALANRAYA AWAM
 |
|
 |
-
Memandu kenderaan di atas jalanraya awam tanpa di
daftarkan di bawah seksyen 5 (1) akta Lalulintas
Jalanraya Penggal 68.
-
Memandu kenderaan di atas jalanraya awam tanpa
lessen memandu yang sah di bawah 16 akta Lalulintas
Jalanraya Penggal 68.
-
Memandu kenderaan di atas jalanraya awam tanpa
lessen kenderaanu yang sah di bawah seksyen 8 (1)
Akta lalulintas Jalanraya Penggal 68
|
|
 |
 |
|
JANGAN GUNAKAN TELEFON
SEMASA MEMANDU KENDERAAN
 |
|
 |
-
Mulai 15hb Mei 2002, semua pemandu yang didapati
menggunakan telefon bimbit atau alat perhubungan
semasa memandu akan dihadapkan ke mahkamah di bawah
seksyen 29A Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68 (Pindaan
2002)
-
Kesalahan pertama, denda tidak lebih dari B$
1,000.00 atau penjara 6 bulan.
-
esalahan kedua, denda tidak lebih dari B$2,000.00
atau penjara 12 bulan
|
|
"Berhentikan Kenderaan Apabila Menggunakan
Telefon Bimbit" |
|
 |
 |
|
GUNAKAN TALI PINGGANG KESELAMATAN SEMASA MEMANDU
 |
|
 |
-
Pada 11hb Februari 1989, Peraturan Kenderaan ( Tali
Pinggang ) 1988 telah di keluarkan bagi
menguatkuasakan penggunaan tali pinggang semasa
memandu kenderaan.
-
Di bawah peraturan 8(1), semua pemandu dan/atau
penumpang hendaklah sentiasa memakai tali pinggang
semsa memandu.
-
Kesalahan tidak memakai tali pinggang ialah
kesalahan yang di hadapkan ke mahkamah dengan denda
B$2.000.00 dan/atau penjara 6 bulan.
|
|
"Tindakan Ini Boleh Menyelematkan Nyawa Anda" |
|
 |
 |
|
PERATURAN-PERATURAN
LALULINTAS JALANRAYA (TALI PINGGANG KELEDAR BAGI
KANAK-KANAK) 2004
 |
|
 |
-
Mulai 28hb Januari 2004, kanak-kanak yang belum
mencapai umur 12 tahun adalah dikehendaki memakai
tali pinggang keledar apabila berada dalam kenderaan
yang dipandu.
-
Kanak-kanak yang belum mencapai umur 6 tahun
hendaklah menggunakan tali pinggang keselamatan yang
bersesuaian.
-
Mana maan orang yang melakukan kesalahan di bawah
Peraturan ini boleh di denda tidak melebihi
B$2000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau
kedua-duanya sekali.
|
|
 |