Search this site

 

 

 

 
 
 
 

 Panduan Bagi Pejalan Kaki

BERJALAN KAKI

  • Ketika berjalan kaki hendaklah di atas tempat pejalan kaki yang di sediakan

  • Hendaklah berjalan di tepi jalan jangan berjalan bergandingan

  • Pandang kiri dan kanan sebelum menyeberang jika keadaan selamat barulah menyeberang

BERJALAN DIWAKTU MALAM/KABUS

  • Pakai pakaian yang cerah (putih) atau bersinar.

  • Menggunakan lampu picit.

  • Memakai pemantul cahaya.

BERJALAN DI WAKTU HUJAN

  • Berjalan dengan cermat  kerana jalan licin dan mudah tergelincir.
  • Pakai baju hujan bewarna terang jika hujan.
  • Jika hujan gunakan paying, pegang dengan cara yang betul supaya tidak menghalang pandangan depan, gunakan paying bewarna terang.

CARA MELINTAS DI LINTASAN PEJALA KAKI

  • Pastikan semua kenderaan berhenti dan berjalanlah jika selamat. Awda harus beringat berkemungkinan kereta dari belakang akan memotong kereta yang berhenti itu.
  •  Beri kesempatan untuk pemandu melihat awda dan memberhentikan kenderaan sebelum melintas.

DI LAMPU ISYARAT

  • Gunakan punat penekan yang terdapat di lampu-lampu isyarat.
  • Melintaslah apabila lampu untuk pejalan kaki menyala hijua (Green Man), tetapi jangan lupa pastikan ianya selamat.
  • Bila lampu untuk  pejalan kaki hijau ‘’Green Man’’  berkelip-kelip, ia menandakan akan betukar kepada merah dan awda dinasihatkan berhenti melintas. Jika awda sedang melintas percepatkan langkah awda.

CARA YANG SELAMAT UNTUK MELINTAS

  • Gunakanlah jejantas yang berhampiran jika ada.
  • Laluan bawah (sub way).
  • Lintasan Pejalan Kaki (Pedestrian Crossing).
  • Di tempat-tempat yang terdapat anggota Polis dan pengawal lalulintas sekolah yang bertugas.

BERILAH KEUTAMAAN KEPADA PEJALAN KAKI YANG LAIN

  • Orang Buta dan cacat
  • Kanak-kanak
  • Orang Tua
  • Binatang

PEKARA-PEKARA YANG TIDAK PATUT DILAKUKAN

  • Menyebarang di celah-celah kenderaan.
  • Menyeberang jalan di tempat yang bukan dikhaskan.
  • Tidak mematuhi arahan lampu isyarat bila menyeberang di laluan yang dikawal oleh lampu isyarat.
  • Bermain-main diatas jalan raya.
  • Melintasi jalan raya yang sibuk.
  • Melewati pagar pembahagi jalan (guard rail)

AMALAN YANG MULIA BAGI PEJALAN KAKI
Menolong/memimpin kanak-kanak, orang buta, orang tua dan orang-orang cacat bagi membolehkan mereka menyueberang dengan selamat adalah amalan yang mulia.
 
Golongan pejalan kaki adalah golongan terbesar pengguna jalan raya dan mempunyai risiko yang tinggi dalam kemalangan jalan raya, kita sebagai pengguna jalan raya yang tidak terlindung (Pejalan Kaki) haruslah melindungi dan mengamalkan peraturan yang sepatutnya dilakukan apabila menggunakan jalan raya. Dari itu ingatlah keselamatan jalan raya bermula daripada awda.
 
Mana-mana orang yang melangar sebarang peraturan yang dibuat di bawah bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh sabit kesalahan:
 

  1. Jika kesalahan itu dilakukan olehnya atas sifatnya sebagai pemandu sebuah kenderaan, dikenakan suatu denda sebanyak $1,000 atau hukuman penjara selama 3 bulan dan, dalam hal kesalahan kedua dan berikutnya, dikenakan suatu denda sebanyak $2,000 atau hukuman penjara selama 6 bulan.
  2. Dalam sebarang kes lain, dikenakan suatu denda sebanyak $500