Search this site

 

 

 

 
 
 
 

 PERATURAN-PERATURAN DAN PANDUAN MENUNGGANG BASIKAL

Hukuman
Mana-mana orang yang gagal mematuhi sebarang peruntukan Peraturan-peraturan ini(kecuali peraturan kecil (1) peraturan 13) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda yang tidak melebihi $200 dan dalam hal kesalahan kedua atau berikutnya dikenakan suatu denda yang tidak melebihi $500.

Panduan Berbasikal
Pastikan:

  • Kesihatan awda terjamin sebelum menunggang basikal.

  • Basikal dalam keadaan baik dan selamat.

  • Memakai topi kaledar keselamatan semasa menunggang basikal.

  • Menunggang basikal di lorong tepi atau menggunakan lorong khas basikal jika ada.

  • Gunakan pakaian yang cerah warnanya bagi memudahkan pengguna jalan raya yang lain melihat awda.

  • Jangan menunggang basikal bergandingan.

  • Patuhilah Peraturan lalulintas jalan raya.

  • Pasang lampu basikal awda ketika waktu malam/gelap.

  • Cahaya putih menunjukkan ke hadapan.

  • Cahaya merah menunjukkan ke belakang.

Semasa Menunggang Basikal

  • Tumpukan sepenuhnya ketika menunggang basikal awda dan bebaskan fikiran awda semasamenungang (jangan fikirkan sesuatu yang tidak berkaitan).

  • Jangan menunggang basikal ikut perasaan.

  • Kawal emosi awda semasa menunggang.

  • Berhati-hati di kawsan yang selalu menjadi kemalangan.

  • Peka dengan keadaan jalan raya, licin, berpasir, berlubang, berbatu, selekoh, air bertakung, simpang dan lain-lain.

  • Jangan menunggang basilkal semasa berada di bawah pengaruh ubat yang di larang Doktor.

  • Jangan berbual dan merokok semasa menunggang.

  • Berikan laluan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Peraturan-peraturan Lalulintas Jalan Raya (Basikal), 2006

  • Basikal tidak boleh ditunda oleh mana-mana kenderaan apabila berada diatas amana-mana jalan raya.

  • Sesebuah basikal tidak boleh digunakan untuk membawa orang dari jumlah rekabentuknya.

  • Penunggang basikal hendaklah memberikan isyarat untuk berhenti, pelahan, pergi ke kanan dan kiri.

  • Basikal hendaklah ditunggang di sebalah kiri jalan raya.

  • Sesebuah basikal tidak boleh ditunggang beiringan.

  • Berat muatan mana-mana basikal tidak lebih daripada 18 kilogram atau mempunyai dimensi yang menyebabkan bahaya, halangan atau ganguan kepada orang-orang yang mengunakan jalan raya.

  • Penunggang basikal hendaklah memakai topi kaledar pelindungan mengikut piawaian-piawaian berikut:

    • Canadian Standard Assocation CAN/CSA D113.2-M89

    • Snell Memorial Foundation B-90, B-95 & N-94

    • American National Standard Institute ASNI 290.4.1984

    • American Society for testing and Materials ASTM F1447-94

    • British Standard Institute BS 6863:1989.

    • Standard Association of Australia As 2063.2-1990

    • United States Consumer Product Safety Commission (CPSC) 16 CFR part 1203 Safety Standard for Bicycle Helmets.

" Awasilah anak awda ketika berbasikal
Jangan biarkan anak awda menungang basikal secara bersendirian "