Search this site

 

 

 

 
 
 
 

 Panduan Memandu

Periksa Kenderaan Awda

  • Pastikan kenderaan awda dalam keadaaan baik dan selamat sebelum dipandu.

  • Periksa semua lampu-lampu isyarat depan dan belakang.

  • Pastikan lessen kenderaan dan insuran kenderaan tidak mansuh.

  • Pastikan alat-alat mekanikal kenderaan seperti brek kaki/tangan dalam keadaan memuaskan.

Sebelum memulakan perjalanan

  • Rancang perjalanan awda, ia satu usaha yang amat bijak dan berharga

  • Pastikan kesihatan awda terjamin

  • Jangan minum minuman keras atau mengambil ubat yang mengakibatkan mengantuk.

  • Pasang tali keledar.

Dalam Perjalanan

  • Tenangkan fikiran awda ketika memandu.

  • Patuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

  • Memandu mengikut had jalan raya yang telah ditetapkan.

  • Jangan mengekori kenderaan terlalu dekat.

  • Bertolak ansur sesame pengguna di jalan raya.

TANDA-TANDA MENGANTUK

  • Berat mata dan pedih mata.
  • Lambat bertindak.
  • Letih seluruh badan.
  • Bertambah kelajuan atau berkurangan kelajuan.
  • Berangan-angan.

Memandu dalam keadaan mengantuk atau tertidur adalah merbahaya, pemandu boleh hilang pengamatanya dan sekelip mata boleh mengakibatkan tragedi yang tidak di ingini berlaku.

KETIKA MEMANDU DALAM KEADAAN HUJAN/JALAN RAYA BASAH

  • Perlahankan kenderaan dan memandulah dilorong sebelah kiri.
  • Pasang lampu kenderaan jika perlu.
  • Jangan mengekoi kenderaan terlalu dekat.
  • Beri amaran jika pemandu lain mengekori terlalu dekat dengan memasang lampu kecemasan.

BERHENTI ATAU MELATAKKAN KERETA

  • Beri isyarat yang cukup.
  • Jangan berhenti mengejut.
  • Pastikan kenderaan di belakang awda cukup masa untuk berhenti.
  • Sesudah meletakkan kereta pastikan brek tangan ditarik.
  • Pastikan awda meletakkan kereta ditempat yang dikhaskan.